Kerjaya Ahmad Faizal Azumu

Menteri Besar Perak

Pada 12 Mei 2018, Ahmad Faizal Azumu telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri. Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Politik

Dalam tahun 2011 hingga 2013, Ahmad Faizal memulakan kerjaya politiknya sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Dari tahun 2013 hingga 2016, Ahmad Faizal menjadi Pegawai Kanan Khas kepada Menteri Besar Kedah iaitu Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr Mahathir. Dalam tahun 2016, Ahmad Faizal menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat. Selepas keluar dari UMNO, Ahmad Faizal menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi negeri Perak dalam tahun 2017.[4]